Sunday, December 23, 2012

My dear sis,



Kerana akak juga manusia yang lemah, manusia yang juga lupa, manusia yang tak sempurna, manusia yang sedaya untuk setia pada Ilahnya.

Namun apabila adik bertanyakan hal yang mengingatkan akak pada zaman jahiliyah itu. Air mata ini gugur lagi...seolah ianya takkan pernah kering.

Apabila kita pernah berpaling daripada Tuhan yang menciptakan dan sayangkan kita, tidakkah yang hanya kita mahukan adalah keampunan daripadaNya? Dan jahiliyah itu ingin dicampak jauh. Sejauhnya, jauh daripada mereka yang kita sayangi juga.


I wanted to give the right words, the right sentence to you. But it took a lot of 'muhabahs' from myself first, my dear.

a lot.



Macam mana nak beritahu adik, yang cinta Allah lah sepatutnya kita kejar dahulu?

Macam mana nak beritahu adik, yang anak tangga pertama itu (individu muslim) itu perlu dimantapkan dahulu?

Macam mana akak nak beritahu, yang jodoh itu rahsia Tuhanmu? Tak perlu kita sibuk berteka-teki siapa jodoh kita, dik..

Macam mana akak nak beritahu adik ni? :(

Lidah ini kaku. Jari-jemari juga tak mampu lagi meneruskan kata-kata. Betapa akak pernah berada di tempatmu.

If I can lend you my shoes, I would, so you can walk in my steps.
Then, you would understand why did I make the step, that particular step.

If I can lend you my heart, I would, so you can feel what I felt.
Then, you wouldn't have to break your own heart.





Ya Rabb, permudahkanlah..