“Jika ini perintah Ilahi, Dia takkan pernah
menyia-nyiakan iman dan amal kami."
Lalu mereka bertindak.
Mereka padukan tekad untuk taat dengan rasa hati yang kadang masih berat.
Mereka satukan keberanian melangkah dengan gelora jiwa yang bertanya-tanya.
Perpaduan itu membuat mereka memejamkan mata. Ya, memejamkan mata.
Begitulah para peyakin sejati. Bagi mereka hikmah hakiki tak selalu muncul di awal pagi.
Mereka harus bersikap di tengah keterhijaban akan masa depan.
Cahaya itu belum datang, atau justeru terlalu menyilaukan.
Tapi mereka harus mengerjakan perintahNya.
Seperti Nuh harus membuat kapal,
seperti Ibrahim harus menyembelih Ismail,
seperti Musa harus menghadapi Fir'aun dengan lisan gagap dan dosa pembunuh,
seperti Muhammad dan para sahabat harus menghayunkan pedang-pedang mereka kepada kerabat yang terikat darah namun terpisah oleh aqidah.
Lagi-lagi mereka memejamkan mata.
Jika ada perintahNya yang berat bagi kita, mari pejamkan mata untuk menyempurnakan keterhijaban kita.
Lalu kerjakan.
Mengerja sambil memejam mata adalah tanda bahawa kita menyerah pasrah pada TanganNya yang telah menulis takdir kita.
Tangan yang menulis musibah dan kesulitan sebagai sisipan bagi nikmat dan kemudahan.
Tangan yang mencipta kita, dan padaNya jua kita akan pulang..
-Dalam Dakapan Ukhwah-
Ya Allah jika ini perintahMu : "..dan apabila mereka bertemu dgn orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya."
(Al-Furqan;72)
Jika ini yang Engkau perintahkan, walau dgn hati yang masih BERAT, akan sedaya cuba kutaati.
Pejamkan mata. walau mungkin kau belum lagi nampak di mana salahnya. kerana mungkin kau belum lagi nampak mana hikmahnya. Kerana hikmah itu adalah rahsia. Kerana hikmah hakiki tidak muncul di awal pagi.
Yakin saja, aynn.
how i miss them :( stalk their instagram and steal some pictures. what i've been doing these few days |
The day i learnt a lot about time and being punctual. wuwuwu, minta maaf murabbi (kak aida) =S |
IMAM's MnM |
Daurah 10 muwasafat tarbiyah with akhowati <3 |
sushi rolls from lovely adik buddy, NISA yey :) |
and may Allah make it hard for us to do whatever that is not right.
ps. restraining myself. for one thing. to make myself special in the 'eyes' of Allah, so that He can love me more. because. heaven. is. not. cheap.
pps. This feeling inside me is like falling in love over n over n over again.
MAY ALLAH KEEP OUR FEET FIRM!
Assalamualaikum :)
2 comments:
Stalk instagram n steal pics yg ade muke kitee hee
Few times bce post ni. Suke : )
nasyi pun buat camtu eh? hehe :))
Post a Comment