Assalamua'laikum :)
Sesungguhnya, apabila kelembutan telah memasuki hati, kamu akan melihat manusia itu adalah manusia yg sentiase tenang dengan mengingati Allah. Dan ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Bukan dengan mengingati kucing, boyfriend, kenangan (?). Hanya Allah.
Manusia yg telah dimasukkan kelembutan di dalam hati mereka, akan sentiasa bergetar lisannya dgn kalimah kesyukuran dan puji-pujian kepada Allah <3
Hati yang lembut itu akan menjadi 'driving force' utk mengerjakan kebaikan dan sentiasa ikhlas dalam sebarang perbuatan.
Hati yang lembut itu akan membuatkan ia menjadi manusia yg paling mengambil berat dalam urusan ketaatan dan keredhaan Allah.
Hati yang lembut itu akan terus kuat utk bekerja demi Islam.
Hati yang lembut itu akan terus memastikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Maka ya Allah, Engkau kurniakanlah kelembutan dalam hati ini ya Allah, Sesungguhnya, Engkau lebih mengenali aku lebih daripada manusia lain, dan aku sendiri lebih mengenali diriku berbanding mereka.
Jangan degil sangat aynn. dari kecik buat perangai mcm ni. cukup cukup la 2.
Mari kawan-kawan, kita lembutkan hati dan kikis karat2 jahiliah yg ini :)
No comments:
Post a Comment