Wednesday, December 29, 2010

Sederhanakah ??



" Wahai org2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

As-Saff : 2-3

Sederhanakah diri yang menulis ini?

rendahkah hatinya?

menyusun kata-kata memang mudah..menzahirkan dengan perbuatan itu yang sukar. sungguh!


ps. islam itu agama mudah. jangan kita sempit-sempitkan islam dan jgn pula kita mudah-mudahkannya.

pss. sederhana itu subjektif. al quran dan sunnah panduannya. suka berhibur? boleh. suka berhias? boleh.
(http://comendsee.blogspot.com/2010/12/beautiful-or-beauty-fool.html). suka berkawan? boleh. kalau kita tidak sesederhana, sebaik, sesopan kawan-kawan kita yang lain, adakah kita tidak bersederhana? kalau baju kita x sama, kasut kita x sama, perangai kita x sama, adakah kita boleh judge orang dgn mengatakan dia tidak bersederhana dan kita bersederhana?

psss. muhasabah diri. bikin apa yang dikata aynn!

pssss. "FAKE IT TILL YOU MAKE IT" - quoted from kak aida :)

psssss. Allah jua lah yang maha mengetahui segala isi hati. jangan sampai kita yang mengadili manusia, ikhlas atau tidak ikhlas seseorang itu. jangan sampai kita melemahkan semangat org lain yang pada asalnya ingin berubah walaupun kita tak tahu niat sebenar dia. tapi apa salahnya kita bersangka baik kan? sesungguhnya pandangan Allah itu lebih utama.

pssssss. i feel really blessed cos i have friends that can remind and correct me if i said something wrong or done something bad. jazakumullah! terima kasih kerana mengingatkan. *u can be jealous of me cos i have awesome friends* :D

pssssss. merindui mereka teramat-amat !




semoga Allah sentiasa memelihara bidadari dan hero saya :)

Tuesday, December 28, 2010

MISAGO day



ps. berbangga sampai awal ke lecture. NAMUN, tersedak setelah sedar bahawa lab coat yang telah di'iron' dan dilipat sebegitu rapi tadi tertinggal di rumah. =.='' ishhhh

ps. jalanjalancaribunga

pss. jalanjalantangkapgambar

psss. lunch at misago. love the desert <3

pssss. i told you bout the weird winter right? see see, snow xde and i can still wear my leather jacket.

assalamu'alaikum :)



Sunday, December 26, 2010

Kenapa Daisy?

Daisy cantik kan?

apa kelebihan bunga daisy?

Bunga daisy tetap kelihatan indah walaupun hanya sederhana.

Daripada ciptaaan-ciptaan Allah, kita boleh belajar banyak perkara dan mengambil ibrah daripada pelbagai aspek.

"Katakanlah, 'Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!' Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kebesaran Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi org yang tidak beriman". (Yunus:101)


"..antara langit dan bumi,(semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."
 (al-baqarah:164)

Belajar daripada bunga daisy, kita diajak utk hidup secara bersederhana, rendah hati tanpa harus menyombongkan diri.

Tidak perlu juga bermewah-mewah hanya untuk menampilkan keindahan atau kecantikan diri sendiri.

Bunga daisy yang sentiasa kelihatan mekar di pagi hari mengajar kita utk menyambut hari dengan kesegaran dan senang hati agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok sentiasa lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

Rendahkanlah hatimu serendah mutiara ! rendahkan hati dan bersederhanalah seperti bunga daisy ^_^




ps. template baru :)




pss. jom jadi macam bunga daisy :)

assalamu'alaikum.



Saturday, December 25, 2010

HAPPY SATURDAY

today was the last class for biochemistry for this sem.

hip hip hoorayyyyy!

lecturer melawa hari ni. she was in a GOOD MOOD. really. alhamdulillah alhamdulillah.

what else could a second year student ask for? :DD


Love should be expressed right classmates? ^_^ fyi, saya slalu dibuli dalam kelas :(  :p


This is not action kamen or wtv they call it. and yerp, in russia we are still using blackboards.

ps. blame my bb for the blur pics.
pss. counting days for my beloved akak usrah. can't wait to work for her hantaran.
psss. feel very blessed <3
pssss. should start studying for the final exam : /

TAHUKAH ANDA ORANG YANG PERTAMA MENULIS BISMILLAH IALAH NABI SULAIMAN AS ? :)

assalamu'alaikum :)

Thursday, December 23, 2010

MAKAN TALAM

Assalamu'alaikum :)

*jawab cepat!* :D

Korang penah tak makan talam? bukan makan talam tersebut, tapi makan menggunakan talam.

nie ambo nak ghoyak 'experience' ambo make tale. heeee, sorry orang kelantan.

honestly nak habaq, 1st time saya makan talam  makan dalam talam  makan menggunakan talam instead of pinggan adalah setahun yang lalu, makan kat umah senior. at first i thought 'Kenapa akak-akak nie hidang pakai talam eh? ohh, tak cukup pinggan kot' LOL sorry ye akak2 :)

lepas 2 baru saya faham, bukan tak cukup pinggan, tapi nak memupuk kasih sayang antara kitorg. ala-ala, makananmu makananku jua :p

scientifically, salivary amylase pun akan jadi lagi banyak sbb byk tangan2 dalam talam tu. jadi, this will help in the process of digestion! *correct me if i'm wrong*

Husband and wife pun lagi elok makan satu pinggan. kan lagi romantic? and x payah basuh pinggan banyak2 kan kan?

Plus, ini adalah sunnah Rasulullah iaitu MAKAN DALAM SATU DULANG YANG SAMA SECARA BERJEMAAH.

ingat tu, secara berjemaah ok? bukan sorang-sorang ;)

Nabi Muhammad SAW pernah berkata, "Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku."

Selain berselawat ke atas Rasulullah SAW, mungkin ini lagi satu cara kita nak membalas cinta Rasulullah terhadap kita. Sebab sesungguhnya, Rasulullah sangat sangat sangat sayangkan umatnya iaitu KITA.



ps. macam mana mak mertua nak sayang kalau masak ayam masak merah pun duduk dapur setengah jam T_T
pss. what a weird winter.

Wednesday, December 22, 2010

Rahsia Salam

Assalamu'alaikum :)


Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)
 
banyak kan pahala dgn hanya memberi salam?
 
hukum memberi salam adalah sunat manakala hukum menjawab salam adalah WAJIB.
 
hopefully amalan memberi salam dan menjawab salam ini dapat memberatkan neraca al-mizan kita.
mana tau, nnti dgn amalan nie, kita dapat masuk syurga.
 
dan ingatlah, bukan amalan kita yang menentukan kita masuk syurga atau neraka, TAPI keredhaan Allah.
 
Jadi untuk apa kita solat wajib, solat sunat, puasa wajib, puasa sunat, sedekah dan sebagainya kalau bukan amalan kita yang menentukan destinasi kita nnti?
Sudah tentu, semua tu adalah sebagai wadah kita utk mencari keredhaan Allah. insyaAllah :)
 
...
 


body scrub

 my current addiction that makes me wanna bath 10 times per day ! :D



Tuesday, December 21, 2010

SHE

she laughs in front of you.

she draws a smile on her face.

she tells you lame jokes.

she sings random songs in the bathroom.

Is she perfectly ok?





Sunday, December 19, 2010

Take some baby steps towards Allah,He will run towards you

Dari Anas r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah telah berfirman,

Wahai anak adam! setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu nescaya Aku mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak adam! andaikata dosa-dosamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya aku akan mengampunimu.

Wahai anak adam! andaikata engkau datang padaKu dgn dosaMu sepenuh isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukanKu sedikit pun, pasti aku mendatangimu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
(hadith riwayat Tarmidzi)

siapa anak adam yg dimaksudkan di sini?

dalam hadith ini, sebenarnya Allah sdg berbicara dgn kita, anak-anak adam.

kesal.sedih, bila baca hadith ni. luasnya pengampunan Allah ! tapi kenapa manusia sekarang begitu sombong dgn Rabbnya?

"..Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk" (an-Naml : 24)

Teringat tatkala syaitan telah menjadikan perbuatan-perbuatan buruk itu indah buat diri.

astaghfirullah hal 'azim. begitu jauh dengan Allah. sedihh memikirkan ketika itu bukan Allah yang menjadi tempat mengadu, di mana Allah dalam hati ini pun saya tak tahu?

Semoga perasaan itu pergi jauh. semoga hati ini tidak terusik lagi dgn begitu mudah!

Jom letakkan dunia di tangan kita dan bukan di hati <3.

Mudah-mudahan Allah menggantikan sesuatu yang telah hilang dgn sesuatu yg lebih baik.

insyaAllah

mood : kenyang dan emo. tadi happy main snow.

Very first try


inilah dia peach cheese tart yang tiada nilai komersial.

takpe, mungkin kene buat 10 kali baru nampak best?

how about the taste? entah, if i know you, i'll make one for you one day! ^_^ insyaAllah


"..Verily, in these things there are signs for those who understand !" ( The thunder (Ar-Ra'd) : 3)

undescribable feeling <3

Friday, December 17, 2010

FAVOURITE SUBJECT


zombie pun zombie la

eyebags pun eyebags la

but i don't wanna fail my biochemistry.

permudahkanlah PERMUDAHKANLAH permudahkanlah ya Allah !

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) ttg aku, maka sesungguhnya aku dekat..."
(al-baqarah, 186)

mood : terrified

ps. concluding test for biochemistry tomorrow..doakan pls ? :)

pss. mudah-mudahan hati saya, kamu, dia, kita, dan mereka tidak sekecil cawan dan tidak se'stagnant' kolam ;)

Wednesday, December 15, 2010

Kopi? Telur? atau Carrot?

Jom jadi macam kopi dan telur, jangan jadi macam carrot.

x faham?

kopi, kalau di masukkan ke dalam periuk berisi air panas, apa akan jadi?
betul! air dalam periuk tersebut pun akan jadi hitam jugak mcm warna kopi :)

yang dimaksudkan di sini ialah kalau kita bergaul dgn sekumpulan manusia, make sure sifat kita (sifat yg baik) itu dapat mempengaruhi mereka.  jadi senang la nak amar maaruf nahi mungkar kan kan?

telur, kalau dimasukkan ke dalam air panas akan jadi telur rebus.. betul x?
macam tu jugakla kita, dgn pressure dan 'temperature' yg tinggi, hopefully kita dapat jadi keras mcm telur rebus bukan lembik mcm telur x masak :)
*semoga colloq biochem minggu nie dpt 'mengeraskan' saya*

carrot mcm mana pulak? after being put into high pressure, it became weak and not strong anymore. nutrients pun byk hilang. jadi kawan2 kita jgn jadi mcm carrot ok?
ps. analogi semata-mata :p
pss. thanks nurul akmal salim !
psss. this song *hey there delilah* reminds me of my high school life. ecece

assalamu'alaikum. :)

WEAKNESSES

assalamu'alaikum.

i know i should overcome my weaknesses.

i know i should improve my 'potong ayam' skill so that i won't 'potong' my finger again.

i know i should be more sombong.

i know i should not give stupid teka teki in class. but i think they enjoyed :) ke x pun ?

and i know i should study now.
ok. maaf hari nie x share any hadiths or al-quran verse :(

ps. terlalu banyak kelemahan yg ingin diperbaiki. susahnya nak sempurnakan diri.

pss. i got C for my pendidikan seni when i was in school.and now u know why.


Monday, December 13, 2010

Seindah-indah perhiasan dunia

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata,

"Seburuk-buruk pandangan lelaki tetapi baik pada wanita ialah bakhil, sombong, dan penakut..


Wanita yg kedekut itu akan dapat menjaga hartanya dan harta suaminya..


Wanita yg sombong itu akan dapat mengelakkannya drpd berkata-kata dgn seseorg dgn nada manja..ini dapat menjaga kemuliaan dirinya.


Wanita yg penakut itu, maka dia akan sentiasa duduk di rumahnya dan menjauhi diri dari tempat berbahaya.."

ok. jadi mulai skrg mari jadi kedekut, sombong dan penakut *tp bertempat*

so, from now onwards i've to :

1. bring only 50 rub to class everyday. hehe, maaf kawan2 jgn mintak sy blanje lagi. mungkin boleh blanja korg setahun sekali ^_^ oh ya, kedekut means LESS SHOPPING kan??
2. nak jadi sesombong mungkin. i won't talk to you (boy) unless it is very very very important. *boleh exclude classmates? ok x boleh*
3. sye mmg penakut. takut anjing..

Sebaik-baik wanita itu adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang, tidak menegur dan tidak ditegur, tidak dikenali dan tidak mengenali.

wanita yg tidak memandang itu adalah yg sentiasa menundukkan pandangan.

wanita yg tidak dipandang itu tidak berhias agar lelaki bukan muhrim memandangnya.

wanita yg tidak menegur itu tidak pergi menegur lelaki dan berkata 'hye der! lu pe cer??' dan yg sewaktu dgnnya..

wanita yg tidak ditegur itu tidak melakukan sesuatu yg menyebabkan dia ditegur..

wanita yg tidak dikenali, sentiasa merendah diri dan tidak bermegah-megah..

dan wanita yg tidak mengenali itu tidak pergi menegur mana2 lelaki atau chat dgn mana2 lelaki dan berkata, 'hye nak kenal boleh?'

this entry is dedicated to aynn nabila ruslan. semoga dapat menjadi sebaik-baik wanita tersebut.

Care to join? :)

ps. Kirovsky Day was a success alhamdulillah, tp byk lg kelemahan yg perlu diperbaiki next time.

Friday, December 10, 2010

this is why i don't like fridays



i have BIOCHEMISTRY's class on saturday !

once i look at any carbs, proteins, or lipids, i can tell you about their metabolisms in our body !

ok. ibu penah cakap, x baik tipu.

Semoga Allah lembutkan hati cikgu saya esok.
dan semoga saya dan kawan2 dianugerahkan ingatan yg kuat dan kefahaman yg tinggi dalam menuntut ilmu-ilmuNya. amin amin ya rabbal 'alamin.

"MY LORD! INCREASE ME IN KNOWLEDGE"
Taha:114


ps. HARI KIROVSKY is coming very very soon ! Semoga Allah redha :))



Thursday, December 9, 2010

Wanita pertama ke syurga : Siti yang dilupakan

kenapa gambar cupcakes? i'll tell u later ;)

Siapa dia siti yang dilupakan?
'siti' yg sering kali kita bualkan ialah SITI AISYAH, SITI KHADIJAH, SITI nurhaliza. tapi mungkin kita lupa dgn seorg lagi siti, SITI MUTI'AH.

Siapa siti muti'ah? Jom baca kisah nie ! ^_^


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membicarakan mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Lalu baginda ditanya oleh Fatimah, siapakah wanita pertama masuk ke syurga. Maka baginda pun menjelaskan : “Wahai anakanda! Wanita pertama yang akan masuk ke syurga ialah Mutiah. Dia hanyalah perempuan biasa dan kehidupannya amat sederhana.”

Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka puteri Rasulullah itu terus berubah. Lalu dikatakanya kepada ayahandanya : “Lantas, siapakah wanita itu wahai ayahandaku? Macam mana halnya dan bagaimana amalannya sehingga dia dapat terlebih dahulu masuk ke syurga daripada anakanda?”. Lalu Rasulullah menyarankan puterinya itu untuk menziarahi rumah wanita tersebut yang terletak di Jabal Uhud.

Saidatina Fatimah kemudian keluar untuk mencari wanita yang dikatakan akan masuk ke syurga terdahulu daripadanya itu. Setibanya di rumah wanita tersebut, beliau pun mengetuk pintu rumah tersebut. Wanita dari dalam rumah keluar sambil bertanyakan hajat kedatangannya, tetapi tidak pula dijemput Saidatina Fatimah masuk ke dalam rumahnya.
Saidatina Fatimah menyatakan bahawa kedatanganya adalah untuk berjumpa dan berkenalan denganya. Wanita itu menjawab : "Terima kasih puan. Tetapi sy tidak dpt membenarkan puan masuk kerana suami sy tiada dirumah. Nanti sy minta izin daripadanya apabila dia pulang. Silalah dtg pada esok hari."

Saidatina Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan hampa kerana tidak dapat bercakap panjang dengan wanita itu. Keesokan harinya, Saidatina Fatimah datang lagi bersama dengan anaknya Hassan. Sebaik sahaja tiba di rumah itu, wanita dari dalam rumah tersebut membuka pintu. Namum belum sempat Saidatina Fatimah dipersilakan masuk, wanita tersebut terlihat anak lelaki puteri Rasulullah itu turut ada bersama, lantas wanita tersebut melarang Fatimah untuk menjejak masuk ke dalam rumahnya. Saidatina Fatimah menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak lelaki nya, Hassan. Lalu wanita tersebut berkata : “Maaf puan, saya meminta izin daripada suami saya hanya untuk puan sahaja masuk, tidak termasuk budak lelaki ini sekali.”

Saidatina Fatimah serba salah, kerana jikalau hendak pulang ke rumah semula jauh. Hendak masuk ke rumah wanita tersebut, tidak mendapat keizinan dari wanita tersebut. Akhirnya Saidatina Fatimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah juga. 

Keesokan harinya, Saidatina Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua puteranya Hassan dan Hussein. Namun kehadiran Saidatina Fatimah kali ini benar-benar membuatkan wanita itu terkejut besar apabila mendapati ada seorang lagi budak lelaki yang belum diminta keizinan dari suaminya untuk masuk. Saidatina Fatimah terpaksa pulang dengan hampa untuk kali yang ketiga.
 
Setelah si suami pulang, wanita itu memberitahu tentang kehadiran puteri Rasulullah bersama-sama dengan cucu baginda sekali iaitu Hassan dan Hussein. Si suami sangat terkejut dan berkata : “Kenapa awak tidak membenarkan mereka masuk? Bukankah Saydatina Fatimah itu puteri Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Sepatutunya awak membenarkan ,mereka masuk, kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaanya (Rasulullah s.a.w). Selepas ini, jika mereka datang ke sini lagi dengan membawa apa pun siapa pun, terimalah dengan sebaik-baiknya dan hormatilah mereka dengan sebagaimana yang patut bagi darjat mereka.”


Kemudian wanita itu menjawab : “Baiklah. Tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak.”

Pada keesokan harinya, Saidatina Fatimah datang semula ke rumah tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan sewajarnya dan mereka memulakan perbualan.
Tiada apa yang menarik perhatian Saidatina Fatimah tentang perempuan itu.

Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera mempersiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman. Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis.

Wanita itu langsung tidak menghiraukan Saidatina Fatimah, seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya kepada wanita dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.” 

Lantas Saidatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan kepadanya.” jawab wanita itu. Saidatina Fatimah bertanya lagi : “Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”


Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan kepada maksudnya.” Saidatina Fatimah mendengar penjelasan dari wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri : "Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana"

Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau berkata : “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saidatina Fatimah . Faham dengan perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata :
“Anakanda, janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kenderaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk terlebih dahulu.”


Mendengar penjelasan itu barulah Saidatina Fatimah tersenyum kembali.

-the end-

best kan citer nie?
Semoga semua wanita di luar sana dan diri yg menulis ini dapat mengambil pengajaran :)

kenapa ada gambar cupcakes kat atas tu? sbb dalam syurga nnti, sy nak makan cupcakes byk byk byk. boleh kan? ^_^

ps. isteri seperti siti muti'ah lah yg sy ingin jadi. :)

Wednesday, December 8, 2010

Sibuk

Bismillahirrahmanirrahim.

"Ya Allah, ya Rahman, sibukkanlah aku (dgn mengingatiMu) agar aku melupai yang selainMu"

amin.

ps. takut niat lari. Semoga Allah permudahkan. :)

Tuesday, December 7, 2010

MARI BERJIWA BESAR :)

Assalamu'alaikum :)
hati anda sebesar cawan atau sebesar kolam?

Jom baca kisah nie! *wajib baca sampai habis*


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah.
Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.


....

Jadi kawan-kawan, marilah kita berjiwa besar, sebesar-besarnya. Saya sebenarnya x stuju sgt berjiwa mcm kolam. kan sungai lagi best? sbb kolam stagnant je, but river flows ! ^_^

kan kan ?

Monday, December 6, 2010

Cos i'm not a loser

LETIH
LETIH
LETIH
letih letih

macam mana nak jadi hebat macam khadijah dan aisyah kalau kelas habis lambat pun penat mcm tak tidur setahun ?

GO Aynn !

Sunday, December 5, 2010

HAPPY NEW YEAR !

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA !

Semoga kita dapat ber'hijrah' bersama-sama ke arah yg lebih baik :)

dan ingatlah, jika kamu berhijrah krn Allah dan rasul maka Allah dan rasul lah yg kamu akan dapat.
Jika kamu berhijrah kerana dunia semata-mata, maka dunia lah yg kamu akan dapat.

insyaAllah kalau kita kejar akhirat, dunia juga dalam genggaman kita.

LET'S STRIVE FOR MARDHATILLAH ! :D

Muharam baru, tahun baru, jom renew hati kita :)

Pernah dengar cerita hati sebesar cawan atau sebesar kolam ?

Nanti insyaAllah saya ceritakan. i need to prepare for histology class tomorrow :(

Doakan saya ok ? Assalamua'alaikum :)

Siapa cakap senang?

Prophet Muhammad SAW said to Aisyah ra years after Khadijah died,

"She (khadijah) believed in me when no else did. She accepted Islam when ppl rejected me, she helped and comforted me when there was no one else to lend me a helping hand." - by Abu Huraira

Mampukah kita menjadi seperti Saidatina Khadijah?

Mampukah kita menjadi seperti Rabiatul Adawiyah?

Mampukah kita menjadi seperti Sumayyah?

atau kita mahu menjadi yg biasa-biasa sahaja ? ..

"Memang sukar menjadi wanita yang paling sempurna, namun usahamu kearah kesempurnaan itu Allah sgt hargai" - quoted from Kak Nor

MARI BERUSAHA! ^_^ dan bikin apa yg dikata.
jom jalan-jalan :)

Friday, December 3, 2010

Subhanallah

Snowy dayyyyyyyyyy :)

Volgograd has become white again, cantik sgttt.

subhanallah ! ^_^



the bad news is i lost my precatki (gloves) T_T..mungkin dah mmg bukan hak saya.

Can i comfort myself by saying that?  kawan saya cakap..mungkin kalau saya pakai gloves oren 2, anjing nak kejar :( oh my, when it comes to dogs, i'd rather lose 10 gloves.

xpe, mesti ade hikmah!

Mai tgk surat cinta Allah sat,

"Wahai org2 yg beriman! Mohonlah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta org2 yang sabar." (2:153)

Allah bgtau sy, wahai aynn,mohonlah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat. Sungguh,Allah selalu bersama dgn org2 yg sabar.

Best kan? :D  this 'love letter' is for you also. so read it for it can guide you :)

Thursday, December 2, 2010

Lebah

Assalamu'alaikum :)

new backgroud :))

nak tau ape significant background baru blog nie?

sebelum nie sy letak gambar roses. simply because i love red :)

tp sekarang kenapa 'bee'?

sebab..lebah itu bermanfaat. Harapnya, blog ni pun mcm 2 jugak..dengan izin Allah.

Jom tengok surah al-A'la sekejap ;)

"Dan Kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan (mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat), oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat." (Al-A'la, 8-9)

Jadi marilah kita saling memperingati agar Allah mudahkan jalan-jalan kita nanti, insyaAllah.

Dan semoga Allah mudahkan kelas Histology saya esok ^_^

Wednesday, December 1, 2010

You have choices

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamua'alaikum :)

Astaghfirullah hal azim.

Memang benar iman ini bertambah dan berkurang. Memang kadang-kadang kita rasa dekat dgn Allah dan kadang-kadang kita rasa ada sesuatu yg x kena dgn hati kita..rasa jauh dgn Allah.

InsyaAllah, mungkin itu tandanya hati kita masih hidup utk merasa. tepuk dada tanya iman :)

Selalu kita diberi pilihan dalam hidup. Pilihan jalan A dan jalan B. Kadang-kadang pilihan-pilihan tersebut sgt  'obvious' mana satu baik dan mana satu tidak.

Tadi terbaca satu ayat daripada ayat-ayat cinta Allah,

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)Nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan.Sungguh beruntung org yg menyucikan jiwa itu dan sungguh rugi org yg mengotorinya." (91:7-10)

Memang Allah bagi kita dua pilihan kan? So make your choice ! nak jadi org yg beruntung or org yg rugi? :)

ps. i've made mine! mungkin boleh pg naik kuda lain kali ^_^  

pss. nak share something ;)

Pesan Rasulullah SAW kpd Mu'az bin Jabal : ..wahai Mua'az aku sgt cinta kepadamu,maka selepas mengerjakan solat, jgn lah sekali-kali kau lupa berdoa kpd Allah SWT dgn doa ini :

'Ya Allah, bantulah hambaMu dalam mengingatiMu, bantu hambaMu dalam mensyukuri nikmatMu, dan bantulah hambaMu dalam menyempurnakan ibadah kepada Mu..'

Manusia fitrahnya memang pelupa. Jom doa sama2 agar Allah terus mengingatkan kita :)

Tuesday, November 30, 2010

Strength

Entah mengapa tidak menjumpai kekuatan yg dicari hari ini.

sbb byk ketawa dalam kelas ke?

or tertido time lecture ? =.='

hopefully tomorrow will be a better day :)

LET'S REMEMBER A HADITH,

"Sin is the thing which disturbs your heart and the thing you don't want others to know."

hmm, am i committing a sin right now?

cause there are some things that are disturbing my heart and i do not want others to know.


ps. siapa kita sebelum ini x penting kan? kalau kita nak berubah, make sure niat kita betul. 

pss. akak usrah saya penah ckp, FAKE IT TILL YOU MAKE IT. yes, i agree ! fake it till one day you're doing it only for the sake of ALLAH. :)

don't you think so?

Sunday, November 28, 2010

Ikatan hati

Doa Rabitah

Ya Allah..Engkau telah mengetahui bahawa,
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu..
Bertemu utk mematuhi perintahMu..
Bersatu memikul beban dakwahmu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
utk mendaulat dan menyokong syariatMu
 
Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya..
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah pada hati-hati ini akan jalan yg benar
Penuhkanlah piala hati ini..
dgn limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kpdMu
Hidup suburkanlah hati-hati ini,
dgn ma'rifat, pengetahuan sebenar tentangMu..
Jika Engkau mengtakdirkan mati..
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sbg para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah..
perkenankanlah permintaan ini.
Amin :)



Sesungguhnya, Allah lah yg berkuasa mengikat hati-hati hambaNya
Hati-hati yg bersatu dengan kalimah 'La ilaha illallah' dan hati-hati ini mempunyai satu teladan yg sama iaitu Rasulullah, qudwah hasanah.

Hopefully this 'ukhwah' will last till jannah, the 'expensive' jannah. insyaAllah :)

Semoga kita tergolong dalam golongan yg menerima hidayah Allah. "Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membuka dadanya utk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kpd org-org yg tidak beriman." (6 :125)


ps. takut juga ini merupakan ujian daripada Allah :(  jauhkanlah sifat sombong, riak, dan takbur dari hati ini ya Allah. Semoga perasaan 'izzah' dgn Islam yg dibawa di bumi asing ini adalah satu perasaan yg baik.


jap, what is the difference between riak or 'belagak baik' and izzah dgn Islam yg dibawa? I mean, can other ppl really know if you're really izzah with ur Islam or you're just belagak baik aka riak ?


 

Saturday, November 27, 2010

Nak makan Mcd boleh?

Assalamua'laikum :)

a real dialogue between two friends. good friends. and they are classmates :) *ok too much informations*

A : lapar laaaaa. teringin nak makan fish roll kat mcd *nak makan big mac x boleh*. after class histo nak g makan mcd. nak ikut ? *kening kening*


B : Aynn (bukan nama sebenar)...bukannye sedap pun makan mcd 2. baik masak sendiri kat umahhhh..


A : alaaaaaaa..teringin sgt..nnti kempunan..housemates makan ngn classmates dorg hari nie....


B : nak dengar satu cerita?


A : cerita ape?


B : Mase zaman Nabi Musa a.s. dulu, ade sorg laki nie bernazar..kalau isteri dia yg mandul ni mengandung, dia nak minum air kencing anjing hitam. Ditakdirkan Allah, isteri lelaki nie pun mengandung. Lelaki nie pun risau laaaa, mcm mane nak minum air kencing anjing hitam kan? yekkkk. Lalu dia pergi bertemu dengan Nabi Musa, Nabi Musa suruh lelaki tu minum air dari atap sebuah rumah ketika hujan. Lelaki tu tnye kenapa ia perlu minum air dari atap rumah tersebut? Nabi Musa menjawab,"keluarga di dalam rumah itu tidak solat dan melanggar perintah Allah."


A : Dah penah dgr dah citer nie..ape kaitan ngan mcd?


B : Kiranya, air dari rumah org yg x solat diumpamakan seperti air kencing anjing hitam. macam mane dgn makanan yang dorg masak?


A : ...


B : Sbb tu lebih baik bg kita makan makanan yg dimasak oleh org yg solat.


A : Tapi kita kat russia. susah sikit. hehe *kening kening*


B : Selagi boleh elak, kita elakkan laaa...tu baru org yg x solat. kalau minuman n makanan daripada org yg bukan Islam lagi la kann?


A : Hmm..i'll think about it. Jom jalan cepat.

...

Dearest ukhti, ape awk cakap tu betul. aynn admit :) but u know me, sje buat ego. hihi..^_^ thank you!

jadi ape lg?

MASAK laaaaaa utk aynn cepat ! :p :p

Jazakillahu khairan !



PS. had a great healthy day with intan norasmarina :D

Thursday, November 25, 2010

Lembut hati

Assalamua'laikum :)

Sesungguhnya, apabila kelembutan telah memasuki hati, kamu akan melihat manusia itu adalah manusia yg sentiase tenang dengan mengingati Allah. Dan ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Bukan dengan mengingati kucing, boyfriend, kenangan (?). Hanya Allah.

Manusia yg telah dimasukkan kelembutan di dalam hati mereka, akan sentiasa bergetar lisannya dgn kalimah kesyukuran dan puji-pujian kepada Allah <3

Hati yang lembut itu akan menjadi 'driving force' utk mengerjakan kebaikan dan sentiasa ikhlas dalam sebarang perbuatan.

Hati yang lembut itu akan membuatkan ia menjadi manusia yg paling mengambil berat dalam urusan ketaatan dan keredhaan Allah.

Hati yang lembut itu akan terus kuat utk bekerja demi Islam.

Hati yang lembut itu akan terus memastikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Maka ya Allah, Engkau kurniakanlah kelembutan dalam hati ini ya Allah, Sesungguhnya, Engkau lebih mengenali aku lebih daripada manusia lain, dan aku sendiri lebih mengenali diriku berbanding mereka.


Jangan degil sangat aynn. dari kecik buat perangai mcm ni. cukup cukup la 2.


Mari kawan-kawan, kita lembutkan hati dan kikis karat2 jahiliah yg ini :)

Wednesday, November 24, 2010

LET'S JUDGE

Judge your deeds before they are judged and weigh your deeds before they are weighed - Umar al-Khattab r.a

Jom muhasabah diri.

Tuesday, November 23, 2010

Mimpi yang Sempurna :)

Assalamua'alaikum.

Alhamdulillah, saya dikurniakan dgn mimpi yang paling indah malam td.
mimpi yang cukup utk melepaskan rindu berjumpa dgn someone yang kita xkan jumpa lagi di dunia. Di syurga mungkin? insyaAllah !

Eh, sebelum itu, jom sedekahkan Al-fatihah utk arwah abah, atuk and opah saya. pls?

...

amin. spasiba!

Nak share a hadith boleh ?

"Tidak masuk syurga org yg didalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong." Kemudian seseorg berkata, '(Ya Rasulullah) Sesungguhnya sseorg itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik.' Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia." (HR Muslim)

Jadi ape ibrahnye?

Satu. Allah sgt membenci org yg sombong. sape la kita nak sombong kan?

Dua. Tidak memandang rendah kepada org lain. Kalau awk nak tau, dulu2, a teacher of Thomas Edison told him that he was too stupid to learn anything. Look at what he invented after that !

Tiga. Allah menyukai keindahan. jadi x salah nak pakai cantik2 asalkan tidak bertentangan dgn Islam.


tapi..ibrah yg ketiga 2 bahaye sikit for women, teringt saye cerita yg Rasulullah SAW pernah ceritakan kpd Saidina Ali selepas baginda di isra'kan.

Rasulullah melihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta baginda melihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Perempuan yang memakan badannya sendiri adalah kerana ia berhias utk lelaki yg bukan muhrimnya dan suka mengumpat org lain

Scarrryy

ps. pesanan ini lebih-lebih lagi utk org yg menulis nie :(  so let's improve ourselves.

Monday, November 22, 2010

my 5th blog i think ?

assalamua'laikum :)

zdrastvuitiye.

again, i'm writing a new blog. semoga yang baru nie lebih baik, dan dapat mengingatkan saya, awak, dan anyone yg baca *mcm ramai je* kepada Allah.

yes. that is my new aim and objective. if in my previous blogs, i used to tell everybody what i did, how i felt, and etc etc, i'm soo not gonna do that anymore :)


Semoga ini adalah ikhlas kerana Allah <3



In An-Nahl, 129, Allah said, "Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance."

:)