Sunday, December 26, 2010

Kenapa Daisy?

Daisy cantik kan?

apa kelebihan bunga daisy?

Bunga daisy tetap kelihatan indah walaupun hanya sederhana.

Daripada ciptaaan-ciptaan Allah, kita boleh belajar banyak perkara dan mengambil ibrah daripada pelbagai aspek.

"Katakanlah, 'Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!' Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kebesaran Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi org yang tidak beriman". (Yunus:101)


"..antara langit dan bumi,(semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."
 (al-baqarah:164)

Belajar daripada bunga daisy, kita diajak utk hidup secara bersederhana, rendah hati tanpa harus menyombongkan diri.

Tidak perlu juga bermewah-mewah hanya untuk menampilkan keindahan atau kecantikan diri sendiri.

Bunga daisy yang sentiasa kelihatan mekar di pagi hari mengajar kita utk menyambut hari dengan kesegaran dan senang hati agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok sentiasa lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

Rendahkanlah hatimu serendah mutiara ! rendahkan hati dan bersederhanalah seperti bunga daisy ^_^




ps. template baru :)




pss. jom jadi macam bunga daisy :)

assalamu'alaikum.



No comments: